Bismillahirahmanirrahim
Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
keluarga dan sahabat handai Baginda.
Dengan
keizinan Allah coretan ini dapat kuhasilkan.
Maha pemurahnya DIA memberi peluang kepadaku dalam ketenatan waktu
mengejar kehidupan dunia.
Hakikat
yang jelas ialah atas keizinanNYA juga
aku masih mampu menitipkan
sesuatu yang boleh dijadikan bahan
renungan
berpanjangan, meskipun
segala yang kukejar selama
ini akan ditinggalkan.
Betapa
banyak nikmatMU Ya Allah, Ya Rahman,
Ya Rahim.
Beroleh
pekerjaan sebagai guru .
Satu pekerjaan
mulia yang tidak pernah akan ada subhah didalamnya.
Segalanya adalah satu ibadah. Sepanjang
kehidupan, sehingga selepas
kematian akan disebut sebagai guru. Pahalanya berkekalan.
Dari awal
pagi memasuki pagar sekolah, pahala melimpah.
Mengajar, menegur,
membimbing, memberi ingatan ,
menasihatkan.
Apa jua yang baik dilakukan
adalah satu ibadah. Ia
berupa
sedekah jariah yang akan kekal selepas kematian.
Sewaktu bertemu tuhan.
Sebagai guru kita sentiasa memberi. Segala perkara adalah contoh kebaikan
yang
akan menjadi ikutan. Betapa besarnya nikmatmu
tuhan.
Allah maha
pemberi. Kepadaku, juga sesiapa sahaja yang bergelar guru.
Segala
perkara baik yang diajarkan akan menjadi saham lumayan dijannah nanti.
Insya Allah.
Rasanya
tidak ramai guru yang menyedari semua ini. Termasuk aku dahulu.
Dizaman mudaku. Mungkin sama
antara kita , hanya menghitung kenaikan
gaji saban hari dan bulan. Menghitung bonus untuk tambahan.
Tidak pernah terfikir, bergaji penuh dihujung tahun , meskipun
seronok bercuti di kampung.
Kerja bukan dengan hati. Hanya kerana
gaji. Kerja sambil lewa dan berkira.
Datang kerja lewat namun balik perlu cepat.
Tidak mahu lewat dua kali.
Siapakah
kita untuk menyedari semua ini jika tidak mendapat keizinan daripadaNYA.
Bersyukurlah kepadaNYA jika sesiapa juga diawal usia
kerjaya sebagai guru
telah
dipilih oleh Allah untuk menjadikan semua tugas sebagai satu ibadah.
Namun
kini ya Tuhanku. Atas izinmu. Aku pasrah yang berlalu tetap berlalu.
Tidak
mungkin aku akan dikembalikan dizaman lenaku.
Mengubah keburukan yang pernah
kulakukan menjadi sebuah kebaikan
hanyalah
satu impian.
Astagfirullah…
semoga ada keampunan Tuhan.
Pun
begitu hasrat menggunung untuk
menampal segala tugasan
dulu yang
sengaja kukoyakkan. Menutup
lubang kesilapan.
Samada aku sedari atau tidak. Terlalu
banyak. Tidak terhitung dengan jari.
Hanya Allah yang mengetahui.
Dikala
menyedari segala kesilapan, aku
telah mula lemah dek usia.
Pun begitu, apa juga cara yang
tersedia, tetap cuba aku
usahakan.
Demi mengejar pahala
berkekalan.
Siapalah aku. Tidak mampu memberi kesedaran .
Jauh sekali menurunkan hidayah. Aku insan
lemah.
Kerap hanyut dibuai mimpi
dunia yang tak pernah padam.
Berkejar
sama mencari sesuatu untuk kepentingan
peribadi.
Ya Allah, ada ketika aku
merasakan hinanya dengan sikap sendiri.
Seringkali merintih dihadapan Tuhan. Memohon keampunan. Bersalut persoalan.
Apakah yang telah aku berikan kepada anak-anak
didikku sepanjang aku bergelar guru?
Diterimakah olehNYA segala titik peluh yang selama ini
aku canang-cangankan?
Sampaikah
segala apa yang kuajarkan?
MENJADIKAH
modal insan yang pernah diamanahkan?
Halalkah rezeki
yang selama ini telahpun kukongsikan bersama arwah abah,
emak, adik
beradik, suami dan anak-anak.?
Jawapannya
aku sendiri tidak pasti.
Semua
adalah urusanNYA. Yang mampu kulakukan
disini ialah menulis sesuatu.
Berdasarkan ilham yang Allah
turunkan asbab pengalaman lalu.
Memberi ingatan, melalui tulisan.
Semoga menjadi satu wadah juga
ibadah.
Tidak
penting berapa ramai yang akan membaca.
Bukan bidang kuasaku bagi memastikan
semua guru akan terasa.
Segala yang bakal dikongsikan adalah nasihat untuk diri
sendiri serta
yang dipilih Allah untuk memahami.
Yang
penting disini, aku telah melakukan
sesuatu.
Yang aku harap dapat Allah terima sebagai satu ibadah.
Terlalu banyak kekurangan di dalam penyampaian.
Yang sempurna hanya Tuhan. Harap
dapat dimaafkan.
Wassalam