Jumaat, 16 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/HIJRAH

Selamat berhijrah En Izhar dan keluarga.
Tahniah di atas ketabahan membesarkan  3 orang anak-anak syurga.

Pengalaman kita berbeza  namun cita-cita kita serupa

Perjuangan kita belum berakhir. Semoga Allah permudahkan semua
urusan dunia dan akhirat kita.
Insya Allah.






















Rabu, 14 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAM TANGAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Memetik ucapan cikgu  Bakri (kauselor SKDDH) pada pagi Isnin
dalam perhimpunan pertama persekolahan: 

"Ramai orang boleh memilik jam tangan yang tinggi harganya, tetapi
tidak ramai yang boleh menepati masa".




Isnin, 5 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ZIKIR

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Perkongsian daripada penceramah di radio IKIM

Biar banyak zikir, jangan banyak fikir.

Bersamalah kita semua usahakan bagi menambah 
kebaikan dalam kehidupan sementara ini.

Insya Allah.




Ahad, 4 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KENA TUKAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
 Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Seorang sahabat menemuiku.

"Saya kena tukar tempat kerja cikgu" katanya dalam esak tangis.

Aku merenung mukanya. Pandangan matanya   seolah-olah 
meminta aku  campur tangan dalam urusan pertukarannya.

"Cuba cerita pada saya puncanya." aku mencelah.

Dari ceritanya aku dapat mengagak bahawa dia berperasangka 
perpindahannya adalah sebab  dia bermasalah.

Meskipun nasihat kuhulurkan, dia kelihatan teragak-agak  untuk 
menerima.

Kubiarkan sahaja dia terus meluah ketidakpuasan hatinya. Sampai
dia berhenti.

Akhirnya aku mencelah.

"Jadi awak rasa semua orang yang ditukarkan itu bermasalahlah ye?

 Dia merenung mataku. Mungkin cuba memahami maksud pertanyaan itu.

Dengan senyuman aku menyambung.

"Jika begitu, maksudnya, saya juga  Guru Besar bermasalah, sebab itu
selalu  kena tukar".

Tiba-tiba sahaja dia tersenyum dan berkata:

Betul kata cikgu. Saya kena positif.

 Airmatanya berhenti . Kesedihan di wajahnya bertukar.

Sebelum meninggalkan pejabat aku bersalam dan memeluknya. 
Ternyata dia berpuas hati dengan apa yang telah terjadi.











Hanya Allah yang berkuasa  terhadap sesuatu. Yakinlah dengan
apa juga keputusan daripada Allah.

Alhamdulillah.



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SERBA SALAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Adakalanya kita tersepit .

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Ujian Allah apabila bergelar pemimpin.

Pasti ada hikmah yang tersirat. Alhamdulillah.




Khamis, 1 Januari 2015

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KELIRU

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Arahan dalam telegram yang kuterima semalam membuahkan
kekeliruan. Apakah yang sebenarmya yang dikehendaki 
oleh pihak-pihak tertentu. Hati siapakah sebenarnya yang hendak
mereka dijaga.  

Hanya terfikirkan " Tidakkah ada rasa bersalah apabila   
menurunkan sesuatu arahan  hingga sanggup menidakkan
tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh  yang
menerima gaji"

Wallahua'lam.






BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SELAMAT TAHUN BARU 2015

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis sesuatu.

Belum terlambat rasanya untukku mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2015  kepada semua pengunjung blog.

Lawatan tuan/puan ke blog yang tidak seberapanya ini diharap
dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga beroleh
sesuatu kebaikan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Rasanya isu yang kutuliskan sejak kebelakangan ini melencong
sedikit daripada tujuan asal iaitu berkongsi pengalaman
tentang Pendidikan Khas.

Atas sebab jawatan yang kupegang sekarang lebih menyeluruh
maka hasil penulisannya juga begitu.

Meskipun begitu, niat tetap sama iaitu PERKONGSIAN. Semoga
dapat diterima semua.











Sekian... Wassalam.




Selasa, 23 Disember 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NASIHAT

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Nasihat untuk seseorang awal pagi tadi.

"Hidup ini adalah kenyataan dan bukan angan-angan.
Jika ingin mencapai sesuatu perlu ada kesungguhan.

Masalah perlu diselesaikan satu persatu.
Jika tidak ia akan menjadi lebih menyulitkan.

Kita adalah hamba.
Kita ada DIA tempat meminta.

Jangan biarkan cita-cita terlepas begitu sahaja.
Tanpa doa , usaha dan tawakkal kepadaNYA".







Rabu, 17 Disember 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ ALBUM

Alhamdulillah. Sedikit gambar dari album kenangan











BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/KENANGAN

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.

Seorang rakan bertegang leher denganku
menafikan  kesalahannya  yang telah kubuktikan
sebagai menunjukkan  dia berkata benar.

Terdetik rasa simpati kepadanya. Hanya
kerana ingin dilihat sebagai yang betul dan aku
tersilap dia telah lupa tentang Allah MAHA MELIHAT
 yang sentiasa mengawasi  dan mengadili di hari.akhirat.

 Tidak jatuh maruah seseorang  apabila mengakui kesilapan.
Malahan amat  dikasihi tuhan.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH SEMALAM

Alhamdulillah. Diizinkan untukku menulis.
Kisah lewat petang  semalam adalah satu pengajaran :

Apabila  terdesak manusia sanggup melakukan 
apa sahaja meskipun kelihatan  menjatuhkan maruah
diri  sendiri.

Hakikatnya manusia itu  sedang diuji. Kita pula
jangan rasa angkuh  melihat orang lain tewas 
dalam ujian, kerana  yang diuji dan yang sedang 
melihat juga  diuji supaya bermuhasabah diri.


Rabu, 26 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ UPSR

Bukti kekuasaan Allah:
Allah berhak melakukan apa sahaja.
Diharapkan  oleh hambanya tapi tidak diberikan.
Tidak pernah difikirkan tetapi ... itu yang terjadi.

Sedikit coretan sms daripada seorang ibu kepadaku
sebentar tadi.

Salam... Maaf jika mengganggu..
Puan, terima kasih atas nasihat , dorongan  dan inspirasi
dari puan untuk anak saya..... 

 Disebalik setiap kesedihan
pasti ada kegembiraankan puan... Rasulullah pun ajar 
umatnya supaya sentiasa berlapang dada dengan 
segala ketentuan Allah.


Yang dapat kubalaskan ialah:

Wassalam puan
Saya bercakap pada anak puan tadi atas dasar pengalaman 
sebenar kehidupan saya sehingga menjadi seorang
guru besar. 

Amat indah puan rasanya, apabila diuji dan kita redha..

Sampaikan pesan saya untuk anak puan:

Allah Maha Pengasih tidak pernah memberi sesuatu
kepada hambanya  melainkan yang terbaik. 
Banyakkan bersyukur. 
Salam sayang untuk puan dan anak.

Balasan daripada siibu:

Betul apa yang puan cakap. Kehidupan orang-orang 
beriman memang tidak sunyi dari ujian Allahkan puan,,?
Bila kita redha  baru kita rasa manisnya iman dan nikmatnya 
apabila diuji.

Kita merancang...Allahpun merancang tp...
Perancangan Allahlah perancangan yang terbaik.

PUJUKLAH HATI  WAHAI IBU .... DARI PUAN HJH HASMAH
GURU BESAR SKDDH 


Ahad, 16 November 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BENGKEL

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untuk menulis sesuatu.

Bengkel pemurnian Kod Amalan Pendidikan Khas

10-12 September
Port Dickson. Negeri Sembilan






















BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MENJALIN UKHWAH

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untukku menulis.

Menjalin ukhwah bersama rakan pekerja  Taska Raudahtul Sakinah
di Mayang Sari Resort .












































































































Terima kasih atas segala usaha yang diberikan
bagi memastikan muridi-murid di TRS dapat
pendidikan agama yang sempurna.