Selasa, 19 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ FITRAH



Memang sudah fitrah manusia,
Suka kepada perkara yang menggembirakan,
Suka kepada perkara yang menyeronokkan,

Memang sudah fitrah manusia,
Suka kepada kesenangan bukan kesusahan,


Kita tidak boleh lari dari fitrah.
Namun kita ada Allah tempat meminta,

Berdoalah selalu...
Agar dalam waktu kita bergembira dan berseronok,
Kita menjadi orang yang mengingati
akan kesedihan  dan kepayahan orang lain yang berada
di sekeliling kita.


Sabtu, 16 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ NENEK

Terasa semakin tua.

Ucapan dari rakan_rakan.
"Tahniah dah jadi nenek"

Subhanallah .... Telah terlalu dekat dengan tempat kembali.

Sebenarnya aku  merasa terlalu sayu dan terharu.
Perasaan yang Allah swt sahaja memahami.

Muhammad El Fateh bin Muhammad Irsyad

4 jam selepas dilahirkan
5 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/PINJAMAN

Mendengar perkhabaran orang-orang
terdekat kepada sahabat-sahabat diambil kembali oleh pencipta meminta aku menulis sesuatu.


Sesungguhnya, segala yang kita miliki adalah pinjaman sementara.

Tiba masa tidak bertangguh walau sesaat, pasti akan diambil semula. Ketika itu hanya amal soleh ,sedekah jariah , ilmu bermanfaat yang pernah kita ajar dan diguna oleh orang lain serta doa anak soleh yang membantu.


Oleh itu teruslah berusaha untuk membuat sebanyak mana  kebaikan sebagai bekal
Sebelum apa yang kita pinjam perlu di pulangkan.

Ahad, 3 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 3 OGOS

3 OGOS 2014 adalah  tarikh keramat.

Telah  29 tahun  bergelar
isteri,
ibu dan
insya Allah sebagai nenek.

Telah terlalu jauh perjalanan ini,
Bersama....
Mengharung, mendaki dan menuruni,
Lembah, gunung, dataran dan  lautan kehidupan

Adakalanya bertatih,
Adakalanya berjalan,
Adakalanya berlari, jatuh , bangun kembali.

Terlalu banyak yang telah dirasai,
Masam  dan masin
Pahit dan manis

Tawa dan tangis.

Pun begitu...
Aku semakin memahami
Allah telah menghadiahiku
Sesuatu yang amat berharga untuk dunia dan akhirat.

Alhamdulillah...







Sabtu, 2 Ogos 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada
kami sekeluarga

Muhammad Zaid dan Hasmah
Muhammad Zharif dan Nuriah
Muhammad Irsyad dan Ainul Mardhiah
Muhammad Afiq
Muhammad Faiz
Nabilah
Nur Sakinah

Semoga ketaatan kita di dalam bulan Ramadhan akan
dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Insya Allah.










Rabu, 30 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/SABAR

Terlalu banyak cerita kehidupan yang tidak sempat
untuk dicoretkan. Hanya sedikit catatan hati hasil
dari pengalaman program kembara guru penyayang.

Jika anak_anak kita sendiri yang diberi sepenuh perhatian
dan kasih sayang adakalanya menunjukkan tingkahlaku
yang kita tidak senangi apatah lagi anak-anak didik kita
yang terabai  tanpa siapa memberi tunjuk ajar.

Bersamalah kita bersabar mengharungi liku-liku hidup
sebagai guru dalam membangunkan modal insan yang
diamanahkan kepada kita semua.

Yakinlah bahawa semakin banyak halangan yang kita
lalui, semakin banyak pahala yang kita akan perolehi.



Rabu, 23 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI

Dikala kita merungut tentang tugas yang semakin banyak
dan mencabar, kita terlupa ada orang lain yang merintih
kerana tidak memiliki pekerjaan meskipun ada kelulusan
tinggi.

Oleh itu bersyukurlah dengan pekerjaan yang kita miliki
dan cuba lakukan yang terbaik.












Selamat menambah amal di hujung Ramadhan.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ MUHASABAH DIRI


Semakin banyak kita
mencari kelemahan
orang lain,
semakin banyak kita
membongkar kelemahan
diri sendiri.


Selamat menambah amal di hujung Ramadhan.

Selasa, 22 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KASIH SAYANG ALLAH

Semakin kita berusaha untuk menjadi lebih baik,
semakin diuji dengan berbagai ujian menguji
kesabaran.
Itu adalah  satu tanda Allah tidak pernah terlepas
pandang kepada kita berbanding  kita yang selalu
terlepas pandang pada kesilapan diri sendiri.

Selamat menambah amal di akhir Ramadhan.
Bulan keampunan, pahala  amalan berganda.


Jumaat, 11 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/UCAPAN


Memetik Ucapan Pengarah
Jabatan Pendidikan Melaka
dalam Mesyuarat hari ini:

Yang biasa tidak semestinya betul,
Kena biasakan yang betul.

Hati-hati bila berbudi bicara,
Takut-takut kita kena bicara.

Selamat menambah amal di bulan Ramadhan


Khamis, 10 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ BIASAKAN,BETULKAN

Aku begitu tertarik dengan kata-kata seorang rakan hari ini.
Kata-kata itupun menurutnya diambil dari bekas GPK HEM
disekolah  lamanya.

BIASAKAN YANG BETUL,
BETULKAN YANG BIASA.

Selamat menambah amal dibulan Ramadhan.


Khamis, 3 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/APABILA

Apabila  ditegur, bersyukur dan  terimalah dengan
dada terbuka kerana Allah masih menghulurkan rahmatnya
dengan  menghantar  seseorang untuk mengingatkan supaya
kita menjadi insan yang  lebih baik.

Selamat menambah amal dibulan Ramadhan.


BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ APABILA

Memetik tulisan Tuan Haji Zakaria Sungip
 Pengurus Kanan Galeri Ilmu:

"Apabila kita mengingatkan orang lain melalui
tulisan kita, Allah akan mengingatkan kita balik"


Rabu, 2 Julai 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/TERUSKANLAH

Teruskanlah  usaha untuk menjadi orang yang lebih baik
daripada  semalam kerana.....

Allah bukan sahaja menilai sejauh mana kita telah menjadi baik,
namun Allah  juga menilai proses yang kita lalui untuk menjadi baik.

Selamat menambah amal di bulan Ramadhan Al Mubarak.





Jumaat, 27 Jun 2014

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CUBALAH

Sebagai guru samada di Pend Khas mahupun  dialiran  perdana,

CUBALAH....

Cubalah mendidik
bukannya  mengherdik,

Cubalah cari kekuatan
bukan kelemahan,

Cubalah  menyiasat.
bukan menuduh,

Cubalah  merendah diri,
bukan hidung tinggi.

Cubalah  memahami,
bukan ingin difahami.

Cuba mengadili,
bukan menghakimi,

Cuba selesaikan masalah,
bukan mencari  masalah,

Teruslah mencuba kerana...

Kita adalah ibubapa.
Kita adalah polis inspektor,
Kita adalah doktor,
Kita juga adalah hakim.

Adakalanya kita juga adalah tukang sapu
juga pengawal keselamatan.

Kita adalah segala-galanya bagi murid kita.

CUBA DAN TERUS MENCUBA
JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA

Segala yang kita cuba lakukan ada maknanya
disisi murid kita juga ibuabapa.
Apatah lagi Sang Pencipta.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak...

Bulan amal dan keampunan..