Isnin, 31 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SUMBANGAN

Majlis sumbangan pelajar cemerlang UPSR  2012 oleh
JKK  Semabok.   Perasmian oleh  Datuk  Gan Tian Loo.






Sabtu, 29 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AUTISME

Sedarkah kita semua bahawa anak autisme adalah insan yang
teristimewa daripada  yang istimewa. Perkembangan  mereka
yang amat unik adalah kurniaan Allah  sebagai satu bukti DIA
berkuasa keatas segala sesuatu .

Cara mereka menerima segala tunjuk ajar adalah berbeza daripada
kita semua.  Ketika rakan  lain memandang kita semasa  pengajaran
dan pembelajaran dia langsung tidak memberi perhatian.

Ketika  rakannya yang lain menyebut semula apa yang diajarkan,
dia hanya berdiam diri bagai orang tidak mendengar.

Setelah sekian lama sesuatu tajuk diajar, rakan-rakan yang tekun
belajar selama ini telah lupa, tiba-tiba dia bersuara sebagai memberitahu
kita, dialah yang memahami dan mengingati semuanya.


Itulah  anak autisme, bukan mudah hendak didekati, sukar untuk
difahami. Namun  segala yang didengar dan  dilihat tidak akan
mereka lupakan mungkin hingga ke akhir hayat.

Tidak  semua anak autisme yang mempunyai kekuatan
begini. Pun begitu, mereka patut dihargai kerana keistimewaan
yang mereka miliki.

Semua perkembangan yang mereka tunjukkan memberi  pengajaran
kepada kita bahawa Allah boleh melakukan  segala sesuatu mengikut
kehendaknya tanpa siapapun boleh menghalang.












Teruskan usaha mendidik  mereka kerana  autisme  adalah anak
istimewa bijak  yang Allah jadikan sebagai ujian kepada kita untuk
lebih kuat berusaha.

Jumaat, 28 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ JAMUAN



Jamuan akhir  tahun, perpisahan dan penghargaan

Tarikh: 28 Disember 2012
Tempat: Restoran Melayu Melaka.
Kehadiran: 70 orang (terdiri  daripada guru-guru, YDP PIBG , AJK PIBG,
                  pekerja sekolah dan  murid tahun 6 yang berjaya. 
Perpisahan: Pn Hamidah  Abu Bakar (bertukar ke SK  Sri Duyong)
Penghargaan: 10 orang murid tahun enam yang mendapat 5A dalam UPSR .






Yang diraikan murid cemerlang 5A








Yang diraikan murid cemerlang 5A






Yang diraikan murid cemerlang 5A





















BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ 5 MINIT

" Kak  ada parent nak jumpa akak, tapi lima minit aje" beritahu
cikgu Ahmad Yunus kepadaku. pada satu pagi "Mengapa pula lima
minit aje?"aku menyoal  kehairanan. "Entah" jawapnya pendek sambil
mengukir senyum." Suruh  dia masuk" aku memberi pesanan sebelum
cikgu itu meninggalkan pejabat.

Apabila terpandang akan parent yang masuk itu aku sudah  boleh
membaca apa yang akan berlaku. Padanlah cikgu Yunus senyum tadi.
Mesti ada complain lagi.

"Sila duduk  encik, apa boleh saya bantu" kataku  memecah kesunyian
pejabat. "Saya nak jumpa cikgu lima minit saja, lepas ni saya nak
pergi jumpa datuk(disebut nama seorang datuk).... pasal bantuan anak saya".

"Boleh, tidak ada masalah " jawapku. Tiba-tiba dia mengeluarkan
satu mangkuk bertutup yang di dalamnya penuh dengan ubat-ubatan.
"Ni  saya nak tunjuk pada cikgu ubat anak saya.....  (nama anaknya).
Saya dah bagi tahu cikgu masa baru masuk aritu, anak saya ada penyakit.....
Nasib baik belum nak mati lagi".

Aku nampak bapa itu serius . Persoalannya mengapa terjadi begitu.
Aku  terus memerhatikan dia bercerita lagi,  "Anak  saya bagi tahu
ada  cikgu  disini  tepuk meja marah anak saya.  Saya boleh bawa
cikgu masuk mahkamah kalau berlaku apa-apa kepada anak saya"
bapa itu menyambung lagi. Menurut  beliau anaknya diserang sakit
kronik  berdasarkan pengesahan  doktor.

Untuk meredakan bapa itu aku  meyakinkan dia tindakan akan aku
ambil pada guru tersebut. Dia beredar setelah berpuas hati  dengan
jawapan yang kuberikan.

Semasa rihat melalui perbincangan dengan rakan-rakan,  aku meyentuh
tentang aduan tersebut dan minta  jangan diteruskan jika benar ianya
berlaku.

Meskipun begitu, nasihatku pada rakan-rakan apabila berhadapan
dengan masalah sebegini guru harus teruskan usaha mendidik anak
tersebut. Masalah yang ditimbulkan oleh ibubapa bukan satu penghalang
untuk kita menyampaikan ilmu.

Dalam situasi ini ternyata bapa itu lebih bermasalah  daripada anak
sendiri.  Oleh itu bantulah anak itu agar kuah tidak  akan tumpah
ke nasi.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/

Seorang  bapa datang  mendaftarkan anak di program pendidikan khas
tempat aku pernah mengajar. Kehadirannya kusambut sepertimana
ibubapa lain.

Dia merungut kepadaku tentang guru-guru di program lama anaknya
pernah belajar.  Aku mendengar dengan taat tanpa memberi banyak
respond.  Ia begitu banyak memburukkan  tanpa ada sedikitpun
perkara baik yang boleh disebutkan.

Ada yang masuk akal. Ada juga seperti direka untuk menyedapkan
cerita. Meskipun begitu aku tidak menyimpan semuanya di  hati.
Bagiku, semua orang ada kelemahan  masing-masing dalam menilai
oran lain.

Jika  aku memanjangkan cerita tidak  mustahil satu hari nanti apabila
muridku berpindah ke program lain perkara  sama akan berlaku.

Apapun... pesanan untuk  diriku sendiri, apa yang orang lain kata
sebenarnya adalah satu cabaran untuk kita terus menjadi guru pendidikan
khas yang lebih baik dan bertanggungjawap.

Anak-anak  yang datang kepada  kita mempunyai keistimewaan  mengikut
yang telah ditentukan oleh  Allah.  Terpulang kepada  kita untuk mendidik
mereka dengan rasa tanggungjawap setimpal  dengan gaji  dan elaun yang
diterima.

IBUBAPA LEBIH TAHU TENTANG ANAK-ANAK MEREKA



BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ SEJARAH

Kita   biasa  mendengar program pendidikan  khas integrasi pendengaran,
penglihatan  dan bermasalah  pembelajaran berada  di dalam kawasan
sekolah  aliran perdana.

Pun begitu telah berlaku  satu perkara  sebaliknya kini dalam  sejarah
pendidikan  khas di Malaysia.  Sebuah bangunan pra sekolah untuk
anak-anak normal didirikan  di  dalam kawasan  sekolah  pendidikan
khas bermasalah pendengaran.

Ramai yang beranggapan negatif  dalam perkara ini. Berbagai  pandangan
yang aku  terima sebagai  tanda penolakan. Bagi mereka anak normal
tidak boleh belajar  dalam kawasan yang sama dengan anak-anak
pendidikan khas bermasalah pendengaran.

Meskipun begitu, ianya harus  di perjuangkan  agar dapat
dikekalkan .  Ini  adalah  kerana jika ingin masyarakat lebih memahami
apakah itu pendidikan khas  disinilah  tempatnya.

Insyaallah.



Selasa, 25 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KONGSI

Kongsikanlah  segala  masalah yang kita hadapi  dengan pencipta tertinggi.
DIA  lebih  mengetahui  dan boleh menjadi  pendengar ikhlas.

Isnin, 24 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ KISAH IBU


Dari awal  pertemuan lagi,   ibu itu telah menanyakan berbagai soalan 
yang kurang  menyenangkan hatiku. Aku rasa amat tercabar
apabila dia mempertikaikan peraturan-peraturan  yang sepatutnya dia
patuhi jika ingin  memasuki PPKI.


Aku kurang senang dengan sikap ibu itu. Dia sukar menerima pandangan
dan terlalu cerewet. Dia seolah-olah  tahu segala-galanya tentang pendidikan
khas,  namun dalam masa yang sama sukar untuk mengikut peraturan yang
memang telah ditetapkan.

Setelah puas menerangkan rasional kepada setiap persoalan
yang ditimbulkan, aku hilang sabar. Malas rasanya  hendak menjawap
lagi soalan-soalan yang diajukannya.


Akhirnya , aku  memberitahunya agar pergi ke program lain yang lebih
dekat  dengan tempat tinggalnya  jika kurang berpuas hati dengan apa
yang aku laksanakan di SKUP.



" Saya  tak sangka anak  saya boleh jadi macamni cikgu" tiba-tiba ibu 
itu meluahkan rasa hatinya dengan linangan airmata. Suasana  yang 
tegang bertukar kendur.  Dia bercerita panjang sambil  menangis.

Aku mula menyedari segala soalan-soalan yang menyakitkan  hatiku
sejak mula tadi adalah  cara ibu itu menahan perasaan  sedih.  Dia sedaya
upaya cuba menafikan yang anaknya telah menjadi istimewa. 

Ini adalah kerana anaknya sebenarnya  normal dan  diserang demam 
panas semasa berusia  4  tahun.  Sejak  itu anak  itu hilang pertuturan
dan sering diserang  sawan.

Tiada  siapa ingin anak menjadi istimewa. Pun begitu, aku  harap ibu
itu  terus tabah mengharungi  semuanya.

Insyaallah.










BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/BONUS

Semasa  menerima bonus   berapa ramai antara kita  yang bertanya
"mengapa  saya  terima  bonus  ini?" berbanding apabila diberi tugas
kita semua sering bertanya  "mengapa saya yang kena buat  semua ini ?"


Muga tahun  2013  akan  berlaku  hijrah.  Allah   memilih  kita untuk
sentiasa menerima  yang terbaik.  Mengapa  tidak  kita cuba memberi
yang terbaik.

Teguran  untuk  diri  sendiri  ..... maaf  bukan  untuk mengata  sesiapa,
cuma kasihan  melihat rakan-rakan  yang seronok  terima  imbuhan,
namun selalu sahaja bertanya "mengapa  saya yang kena buat ini  semua?"







Ahad, 23 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ DOWN SYNDROME

Mereka  juga ingin dikasihi  dan  dihargai .  Berilah perhatian
kepada  mereka tanpa  berkira tenaga.




BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ AKU

Aku  adalah guru pendidikan khas

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/MENGAPA SAYA?

Di  zaman  orang suka bertanya" mengapa  saya?"  apabila disuruh membuat
sesuatu tugasan, aku bangga kerana masih ada rakan yang berbakti tanpa
minta disanjungi. 
Semoga Allah merahmati.

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ADAKALANYA

Adakalanya  kita bangga  kerana diberi gelaran jawatan, tetapi  tanpa
rasa malu melepaskannnya kepada  orang lain tanpa ada rasa tanggungjawab.

Untuk yang sudi memahami.. moga kita terpelihara  daripada  sikap ini.
Insyaallah.



Ahad, 16 Disember 2012

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ CERAMAH

Ceramah  untuk  PPM  Pendidikan  Khas 2012

Tarikh:  12 Disember  2012

Tempat:  Dewan Bestari  JPNM

Jumlah  Peserta: 218 orang PPM

Tajuk: Pengenalan Murid    Pendidikan  Khas.

Semoga  semua  perkongsian ilmu  dapat  dimanfaatkan